Ahad, 28 Jun 2020

HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM AKADEMIK ATAU KEMAHIRAN


lepas tamat SPM, mesti anda tertanya-tanya apa yang harus dilakukan setelah mendapat keputusan peperiksaan. Jika anda berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, terdapat beberapa pilihan pusat pengajian yang ada di Malaysia yang anda boleh pilih. Masa ini mesti anda dalam dilema, pening fikirkan sama ada nak sambung diploma, matrikulasi, asasi, atau form 6 (STPM/STAM). Ataupun anda tak minat belajar akademik tapi minat belajar kemahiran.

Ok di sini saya cuma nak kongsikan apa yang saya tahu serba sedikit berkenaan diploma, matrikulasi, asasi, form 6 dan sijil kemahiran.


Diploma:

• Biasanya akan mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun sebelum adik-adik sambung ke peringkat ijazah
• Belajar dalam suasana di universiti
• Proses pembelajaran tidak begitu ketat, lebih santai kerana anda ada masa 3 tahun (6 semester) berbanding Asasi 2 semester dan Matrikulasi setahun
• Hampir semua IPTA / IPTS ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat Ijazah yang berkaitan
• Dengan sijil diploma anda dah boleh mohon pekerjaan
• Kos yuran yang mahal terutamanya jika anda sambung diploma di IPTS 
• Anda perlu tanggung sendiri segala yuran pengajian setiap semester dan tempat tinggal
• Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pinjaman yang lain seperti PTPTN sekiranya tidak mampu, tapi sakit la nanti bila korang nak bayar balik. Diploma pinjam PTPTN, nanti sambung ijazah pun pinjam PTPTN lagi. Habis ijazah korang dah ada hutang berpuluh-puluh ribu
• Tempoh masa pembelajaran yang agak lama, maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat memasuki alam pekerjaan
• Perlu memohon melalui UPU dan bersaing dengan pelajar lepasan matrikulasi, asasi, dan form 6 untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah

Matrikulasi:

• Masa yang singkat, hanya 1 tahun
• Jalan terpantas untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarajana muda
• Jimat masa dan wang kerana yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Para pelajar juga akan menerima elaun setiap semester
• Perlu melalui proses pembelajaran yang agak mencabar kerana banyak perkara yang perlu dipelajari dalam masa yang singkat
• Perlu rajin dan berusaha keras seperti pelajar-pelajar asasi
• Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU dan perlu bersaing dengan pelajar lepasan diploma, asasi, dan form 6 untuk menyambung pengajian peringkat ijazah
• Jika gagal mendapat keputusan yang baik, sukar untuk memohon UPU. Kerana mereka yang mendapat keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Manakala mereka yang sederhana pula berkemungkinan akan mendapat program yang tidak diminati

Asasi:

• Masa yang singkat, hanya 1 tahun 
• Jalan mudah dan cepat untuk sambung belajar ke peringkat ijazah sarajana muda
• Sistem pembelajaran dan suasana sudah seakan di universiti kerana lokasinya di dalam kampus universiti
• Perlu melalui proses pembelajaran yang agak mencabar kerana banyak perkara yang perlu dipelajari dalam masa yang singkat
• Pergaulan banyak bersama pelajar2 ijazah atau diploma
• Jika asasi di universiti awam (IPTA) pembiayaan ditanggung oleh KPT di bawah bantuan kewangan asasi. Jika asasi di universiti swasta (IPTS), perlu tanggung sendiri
• Lulusan asasi dari UM dan UITM sahaja diterima untuk sambung pengajian peringkat ijazah ke universiti awam lain. Tetapi perlu memohon melalui UPU dan bersaing kembali dengan budak2 lepasan Diploma, Matrikulasi dan form 6 yang lain
• Hal ini kerana, semua universiti awam (IPTA) telah meletakkan syarat am hanya menerima lepasan Asasi daripada UM dan UITM sahaja untuk peringkat pengajian ijazah
• Lulusan asasi dari universiti lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah oleh universiti yang sama anda belajar Asasi, tetapi perlulah cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetepkan oleh universiti tanpa perlu memohon lagi melalui UPU
• Ada sesetengah IPTS yang menawarkan biasiswa untuk pelajar2 asasi, dengan syarat lepas habis Asasi anda wajib menyambung ijazah di situ tidak boleh sambung di tempat lain
• Jika gagal, anda tiada pilihan selain menggunakan semula sijil SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil atau diploma sahaja
• Mejoriti universiti luar negara tidak menerima lepasan Asasi untuk pengajian peringkat ijazah
• Sijil Asasi tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan

Form 6 (STPM / STAM)

• Belajar dalam susana dan persekitaran sekolah
• Hanya perlu bayar yuran sekolah sahaja
• Jalan mudah dan cepat untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah
• Peluang untuk anda menjejakkan kaki ke universiti lebih terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar form 6
• Tempoh pembelajaran untuk STPM hanya perlu masa 1 tahun setengah sahaja
• Untuk STAM, anda hanya belajar lebih kurang 10 bulan sahaja
• Risiko STAM ni, kalau anda gagal 1 subjek anda tak akan dapat sijil dan perlu repeat balik paper yang anda gagal itu pada tahun seterusnya 
• Perlu berusaha lebih untuk mencapai keputusan yang baik kerana masa belajar yang sangat singkat
• Jika pointer anda bagus, mudah untuk anda mohon ke peringkat ijazah dan mohon biasiswa JPA
• Lulusan STPM / STAM perlu memohon melalui UPU dan perlu bersaing dengan pelajar lepasan Matrikulasi, Asasi dan Diploma untuk menyambung pengajian peringkat ijazah
• Sijil STPM atau STAM diiktiraf bagi kemasukan di kebanyakan universiti di dalam dan luar negara
• Sijil STPM atau STAM boleh upply kerja kerajaan atau swasta, anda berpeluang memohon sebagai penjawat awam dengan gred 29 setaraf pemegang diploma

Jika anda buntu mencari jalan kerana tidak mendapat tawaran universiti, matrikulasi, atau asasi. Ataupun anda gagal dalam SPM, jangan risau kerana masih banyak jalan untuk anda melangkah ke hadapan. Anda perlu rajian melihat dan mencarai peluang yang ada.

Jika anda berminat untuk belajar dalam bidang kemhahiran. Ada beberapa pilihan tempat untuk anda mengikuti latihan kemahiran. Antaranya ialah: 


Politeknik:

• Di politeknik, pelbagai kursus diploma ditawarkan dengan fokus kepada kemahiran seperti kejuruteraan, perakaunan, perekaan, perhotelan dan pelbagai lagi
• Graduan dari politeknik sering menjadi rebutan industri semasa kerana mereka mempunyai kebolehan dari segi kemahiran yang sangat diperlukan pada saat ini.

Sijil Kemahiran:

• Banyak institusi2 kerajaan atau swasta yang menawarkan sijil kemahiran
• Sebagai contoh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Akademi Binaan Malaysia (ABM)
Kolej Komuniti
• Latihan Kemahiran di GIATMARA
• Banyak tempat2 yang anda boleh sambung belajar, anda cuma pilih sahaja di mana tempat yang anda ingin belajar dan program pengajian yang anda minat
• Terdapat tempat2 latihan yang diberi elaun setiap semester seperti Kolej Komuniti
• Syarat-syarat kelayakan pun tidaklah sesulit seperti syarat memasuki IPTA / IPTS
• Dengan sijil ini, anda berpotensi melangkah ke peringkat diploma atau anda layak bekerja dalam industri
• Pelajar kemahiran ini sangat diperlukan dan dicari oleh industri2 semasa
• Menurut kajian, peratusan graduan teknikal dan kemahiran lebih tinggi mendapat pekerjaan dan sangat diperlukan pada zaman sekarang
• Untuk bakal graduan, jangan takut untuk memilih kursus yang berkaitan dengan kemahiran. Semuanya bergantung atas usaha anda sama ada cepat atau lambat

Semoga anda dapat memilih dan membuat keputusan dengan bijak demi masa depan anda. Rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah. Yang penting teruskan usaha dan jangan sesekali berputus asa. 

Kalau anda tanya pengalaman saya sendiri. Selepas habis SPM saya mendapat tawaran menyambung diploma di UNISZA. Setelah berfikir dan menilai beberapa perkara, saya membuat keputuan untuk menolak tawaran tersebut dan terus mendaftar diri untuk masuk form 6 ambil STAM. Nak tahu sebab apa saya tolak tawaran untuk sambung diploma dan masuk form 6??? Nanti saya akan cerita di entry saya yang seterusnya...

Rabu, 24 Jun 2020

7 TIPS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan yang bakal menentukan ke mana hala tuju kita pada masa akan datang. Peperiksaan SPM memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Dengan keputusan SPM kita akan gunakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT), untuk mendapatkan biasiswa dan pekerjaan. 

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peperiksaan SPM sepatutnya dilaksanakan pada Oktober ini, namun pandemic Covid-19 yang melanda negara sekarang ini menyebabkan peperiksaan SPM ditunda ke suku pertama tahun 2021. 

Dengan penundaan tarikh peperiksaan ini, ia memberi lebih banyak masa kepada pelajar untuk melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal. Penundaan masa peperiksaan ini bukan bermakna pelajar boleh bersenang-lenang main game, menonton drama Korea, main tik tok, melepak dan sebagainya. Sepatutnya ia digunakan untuk mengulang kaji pelajaran supaya cemerlang dalam peperiksaan SPM demi kepentingan masa hadapan masing-masing. 

Bagi saya Self-learning sangat penting. Jangan bergantung 100% belajar dalam kelas sahaja. Jangan mengharapkan bantuan dari orang lain. Kita perlu ambil inisiatif untuk belajar sendiri, membuat sendiri persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Apa tips yang saya lakukan untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM?. Jom cekidot. 

 7 TIPS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM


1. Rangka Jadual Belajar Anda 

• Rancang jadual belajar anda dengan betul, terpulang waktu bila yang anda selesa untuk ulang kaji pelajaran. 
• Jadual belajar sudah ada, tapi tak pernah ikut pun, tak guna jugak dik. Disiplinkan diri untuk ikut jadual yang anda telah buat. 
• Pastikan Setiap hari pukul 8.00 - 10.30 malam adalah masa untuk study. No more TV, game dan handphone. Silent handphone ataupun turn off dan letak jauh2. 
• Pastikan setiap hari anda study subjek yang berlainan. Contoh: hari isnin subjek Sejarah, selasa subjek Sains. Begitulah seterusnya. Elakkan study subjek yang sama setiap hari, sebab nanti anda akan boring dan hilang semangat nak study. 
• Ataupun boleh selang-selikan dengan menjawab saolan2 SPM yang lepas. 
• Cuti Sabtu & Ahad, pukul 8.00 pagi start belajar, buat latih tubi dan ulang kaji sebanyak mungkin pelajaran. Jangan lupa untuk study subjek2 form 4. Pukul 11.00 stop belajar dan boleh la nak makan minum, tengok TV, ataupun tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor. Lepas zohor sambung balik sampai Asar. 

2. Buat Nota Ringkas
 
• Untuk elakkan boring semasa belajar, anda boleh pelbagaikan cara belajar. Kalau dah bosan baca buku, anda boleh buat nota ringkas. 
• Ataupun bila anda telah faham satu2 topik, cuba tutup buku, kemudian tulis semula apa yang anda faham dalam bentuk nota. 
• Dengan adanya nota ringkas ini sama ada lukisan, peta minda atau catatan berwarna ia akan membantu memperkukuhkan lagi daya ingatan terhadap apa yang anda belajar. Ataupun bila2 nanti kalau anda lupa apa yang anda belajar, ataupun tengah bosan tak tahu nak buat apa, boleh la baca balik nota yang anda buat.


Contoh nota yang anda boleh buat 

3 Beli Buku Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM dan Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM
 
 • Pastikan koleksi kertas peperiksaan tersebut adalah 5 tahun ke belakang. Contoh sekarang ini tahun 2020, korang perlu beli koleksi soalan2 peperiksaan sebenar SPM tahun 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019. ini kerana, tak mustahil soalan-soalan yang keluar pada tahun2 tersebut akan keluar lagi pada tahun ini. 
 • Beli buku rujukan dan pilih buku rujukan yang mengandungi analisis soalan2 SPM. Maksudnya buku tersebut diorang dah analyze tajuk atau topik yang sering ditanya dalam peperiksaan SPM mengikut tahun. Dari situ anda dah boleh tahu bab ataupun topik mana yang perlu fokus dan wajib bagi tumpuan dan topik tersebut pasti akan ditanya lagi dalam peperiksaan SPM sama ada kertas 1 atau kertas 2.


Contoh analisis kertas soalan SPM 

4. Buat Sebanyak Mungkin Latih Tubi dan Ulang Kaji Soalan SPM 

• Banyakkan ulang kaji dan latih tubi dari soalan2 sebenar SPM. 
• Jangan lupa untuk mengulang kaji soalan sebenar SPM 5 tahun ke belakang dan pastikan korang jawab kesemua solan dari semua kertas2 tersebut. 
• Dengan membuat banyak latihan, ianya akan melatih anda untuk menjawab peperiksaan sebenar SPM nanti. 

 5. Semak Jawapan yang dibuat dengan Skema Jawapan 

• Jangan buat banyak2 tapi tak semak jawapan. 
• Semak setiap jawapan yang anda tulis dengan skema jawapan yang disediakan. 
• Dari situ anda boleh belajar melalui kesilapan yang dibuat dan cuba untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. 

6. Jangan Ponteng Sekolah dan Kelas Tambahan 

• Jangan sesekali ponteng sekolah tanpa sebab 
• Sentiasa fokus di dalam kelas, jangan tidur ataupun bersembang ketika kelas sedang berlangsung. 
• Jika sekolah anda menyediakan kelas tambahan, jangan poteng! 
• Inilah masa yang sesuai untuk bertanyakan topik-topik yang anda kurang faham atau nak ulang kaji semula subjek-subjek form 4. 

7. Jangan Tinggal Solat dan Al-Quran 
 
• Jangan sekali-kali tinggal solat fardhu 5 waktu. Kerana ia adalah kewajiban kita sebagai hamba Allah. • Bacalah al-Quran setiap kali selesai solat fardhu walaupun hanya sehelai muka surat. 
• Setiap kali selesai solat maghrib, bacalah surah Yasin, mohon kepada Allah supaya diberkati dan diredhai dalam menuntut ilmu, diterangkan hati, dilancarkan lisan, diberikan ingatan yang kuat dan diberi keputusan cemerlang dalam SPM. 
• Perbanyakkan doa, kerana Allah berfirman dalam al-Quran: “Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan untuk kalian” (al-Ghafir: 60). 
• Ingatlah setiap tangan yang menadah ke langit, tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong. 

Saya harap tips-tips yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapatlah membantu calon-calon SPM. Ingatlah, usaha tangga kejayaan dan kejayaan adalah milik mereka yang berusaha. Allah akan berikan kejayaan kepada hambanya berdasarkan sebesar mana usaha hambanya. Besar usaha kita, maka besarlah kejayaan kita. Sedikit usaha kita maka sedikitlah kejayaan kita. Siapa yang berusaha dia akan berjaya dan siapa yang malas dia akan gagal.

Isnin, 22 Jun 2020

Iman Manusia Kadang Bertambah dan Berkurang

Sedar ataupun tidak hidup kita dipenuhi dengan dosa. Setiap hari mula dari bangun tidur sehinggalah tidur semula penuh dengan cacian dan maki hamun. Bangun sahaja dari tidur, tangan terus mencari handphone membuka media sosial lalu membaca berita-berita sensasi. Lantas jari terus menekan butang comment membaca segala komentar yang ada sehingga diri turut serta menambah perisa. Lantas solat fardu sering ditunda. 

Adakah anda sedar perubahan yang berlaku dalam diri anda? Jika dahulu solat sering on time, al-Quran sentiasa dalam genggaman, tasbih sering di tangan. Tapi, sekarang ini setelah masuknya banyak media sosial seperti Whats App, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya dalam kehidupan kita menyebabkan kita telah tunduk kepadanya. 

Sedarkah kamu, siapakah yang akan menjadi teman kita di kubur nanti?. Adakah handphone yang kamu sentiasa pegang itu? adakah handphone itu yang akan menjadi penyelamat kamu di kubur nanti?. 


Marilah kita kembali semula kepada Allah s.w.t., jangan sampai ada hal-hal yang akan menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita. Kita tak tahu berapa lama lagi sisa umur kita. Boleh jadi sebentar nanti, esok atau lusa kita tidak tahu. Semoga handphone yang kita miliki ini, yang sering digenggam ini adalah wasilah untuk kebaikan dan bukan keburukan.

Allah menciptakan kita jari-jemari yang sempurna dan indah. Gunakanlah ia kepada hal-hal yang baik bukan untuk menghina dan mencerca. Jangan dicemari jari kita dengan perkara yang sia-sia. Gunakanlah jari kita untuk berzikir kepada sang pencipta, mencatat segala ilmu yang ada, dan menulis nasihat-nasihat yang berguna buat manusia. Di akhirat nanti, tangan itulah, jari itulah yang akan menjadi saksi membongkar segala-galanya. Jika baik yang dilakukan di dunia, maka baiklah apa yang dibongkarkan, begitulah sebaliknya. 

Berjuta manusia di dalam kubur merayu, minta dihidupkan kembali supaya mereka boleh sujud beribadah kepada Allah, sementara kita yang masih hidup ini sombong tak mahu sujud kepada Allah. Ingkar segala perintah Allah dan langgar segala larangan Allah. Bahkan bangga dengan kejahatan yang dilakukan. Sedarlah, insaflah wahai manusia. Semua perbuatan kita di dunia ini sama ada baik atau jahat pasti akan dihitung dan di balas, jika bukan di dunia ini, tunggulah di akhirat kelak.


Kenapa Saya Pilih STAM? Bukan Diploma?

Ok, sambungan dari entry saya sebelum ini Halatuju Pendidikan Selepas SPM , kenapa saya pilih STAM? kenapa bukan diploma?. Tujuan saya tulis...