lepas tamat SPM, mesti anda tertanya-tanya apa yang harus dilakukan setelah mendapat keputusan peperiksaan. Jika anda berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, terdapat beberapa pilihan pusat pengajian yang ada di Malaysia yang anda boleh pilih. Masa ini mesti anda dalam dilema, pening fikirkan sama ada nak sambung diploma, matrikulasi, asasi, atau form 6 (STPM/STAM). Ataupun anda tak minat belajar akademik tapi minat belajar kemahiran.
Ok di sini saya cuma nak kongsikan apa yang saya tahu serba sedikit berkenaan diploma, matrikulasi, asasi, form 6 dan sijil kemahiran.
Diploma:
• Biasanya akan mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun sebelum adik-adik sambung ke peringkat ijazah
• Belajar dalam suasana di universiti
• Proses pembelajaran tidak begitu ketat, lebih santai kerana anda ada masa 3 tahun (6 semester) berbanding Asasi 2 semester dan Matrikulasi setahun
• Hampir semua IPTA / IPTS ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat Ijazah yang berkaitan
• Dengan sijil diploma anda dah boleh mohon pekerjaan
• Kos yuran yang mahal terutamanya jika anda sambung diploma di IPTS
• Anda perlu tanggung sendiri segala yuran pengajian setiap semester dan tempat tinggal
• Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pinjaman yang lain seperti PTPTN sekiranya tidak mampu, tapi sakit la nanti bila korang nak bayar balik. Diploma pinjam PTPTN, nanti sambung ijazah pun pinjam PTPTN lagi. Habis ijazah korang dah ada hutang berpuluh-puluh ribu
• Tempoh masa pembelajaran yang agak lama, maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat memasuki alam pekerjaan
• Perlu memohon melalui UPU dan bersaing dengan pelajar lepasan matrikulasi, asasi, dan form 6 untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah
Matrikulasi:
• Masa yang singkat, hanya 1 tahun
• Jalan terpantas untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarajana muda
• Jimat masa dan wang kerana yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Para pelajar juga akan menerima elaun setiap semester
• Perlu melalui proses pembelajaran yang agak mencabar kerana banyak perkara yang perlu dipelajari dalam masa yang singkat
• Perlu rajin dan berusaha keras seperti pelajar-pelajar asasi
• Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU dan perlu bersaing dengan pelajar lepasan diploma, asasi, dan form 6 untuk menyambung pengajian peringkat ijazah
• Jika gagal mendapat keputusan yang baik, sukar untuk memohon UPU. Kerana mereka yang mendapat keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Manakala mereka yang sederhana pula berkemungkinan akan mendapat program yang tidak diminati
Asasi:
• Masa yang singkat, hanya 1 tahun
• Jalan mudah dan cepat untuk sambung belajar ke peringkat ijazah sarajana muda
• Sistem pembelajaran dan suasana sudah seakan di universiti kerana lokasinya di dalam kampus universiti
• Perlu melalui proses pembelajaran yang agak mencabar kerana banyak perkara yang perlu dipelajari dalam masa yang singkat
• Pergaulan banyak bersama pelajar2 ijazah atau diploma
• Jika asasi di universiti awam (IPTA) pembiayaan ditanggung oleh KPT di bawah bantuan kewangan asasi. Jika asasi di universiti swasta (IPTS), perlu tanggung sendiri
• Lulusan asasi dari UM dan UITM sahaja diterima untuk sambung pengajian peringkat ijazah ke universiti awam lain. Tetapi perlu memohon melalui UPU dan bersaing kembali dengan budak2 lepasan Diploma, Matrikulasi dan form 6 yang lain
• Hal ini kerana, semua universiti awam (IPTA) telah meletakkan syarat am hanya menerima lepasan Asasi daripada UM dan UITM sahaja untuk peringkat pengajian ijazah
• Lulusan asasi dari universiti lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah oleh universiti yang sama anda belajar Asasi, tetapi perlulah cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetepkan oleh universiti tanpa perlu memohon lagi melalui UPU
• Ada sesetengah IPTS yang menawarkan biasiswa untuk pelajar2 asasi, dengan syarat lepas habis Asasi anda wajib menyambung ijazah di situ tidak boleh sambung di tempat lain
• Jika gagal, anda tiada pilihan selain menggunakan semula sijil SPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil atau diploma sahaja
• Mejoriti universiti luar negara tidak menerima lepasan Asasi untuk pengajian peringkat ijazah
• Sijil Asasi tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan
Form 6 (STPM / STAM)
• Belajar dalam susana dan persekitaran sekolah
• Hanya perlu bayar yuran sekolah sahaja
• Jalan mudah dan cepat untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah
• Peluang untuk anda menjejakkan kaki ke universiti lebih terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar form 6
• Tempoh pembelajaran untuk STPM hanya perlu masa 1 tahun setengah sahaja
• Untuk STAM, anda hanya belajar lebih kurang 10 bulan sahaja
• Risiko STAM ni, kalau anda gagal 1 subjek anda tak akan dapat sijil dan perlu repeat balik paper yang anda gagal itu pada tahun seterusnya
• Perlu berusaha lebih untuk mencapai keputusan yang baik kerana masa belajar yang sangat singkat
• Jika pointer anda bagus, mudah untuk anda mohon ke peringkat ijazah dan mohon biasiswa JPA
• Lulusan STPM / STAM perlu memohon melalui UPU dan perlu bersaing dengan pelajar lepasan Matrikulasi, Asasi dan Diploma untuk menyambung pengajian peringkat ijazah
• Sijil STPM atau STAM diiktiraf bagi kemasukan di kebanyakan universiti di dalam dan luar negara
• Sijil STPM atau STAM boleh upply kerja kerajaan atau swasta, anda berpeluang memohon sebagai penjawat awam dengan gred 29 setaraf pemegang diploma
Jika anda buntu mencari jalan kerana tidak mendapat tawaran universiti, matrikulasi, atau asasi. Ataupun anda gagal dalam SPM, jangan risau kerana masih banyak jalan untuk anda melangkah ke hadapan. Anda perlu rajian melihat dan mencarai peluang yang ada.
Jika anda berminat untuk belajar dalam bidang kemhahiran. Ada beberapa pilihan tempat untuk anda mengikuti latihan kemahiran. Antaranya ialah:
Politeknik:
• Di politeknik, pelbagai kursus diploma ditawarkan dengan fokus kepada kemahiran seperti kejuruteraan, perakaunan, perekaan, perhotelan dan pelbagai lagi
• Graduan dari politeknik sering menjadi rebutan industri semasa kerana mereka mempunyai kebolehan dari segi kemahiran yang sangat diperlukan pada saat ini.
Sijil Kemahiran:
• Banyak institusi2 kerajaan atau swasta yang menawarkan sijil kemahiran
• Sebagai contoh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
• Akademi Binaan Malaysia (ABM)
• Kolej Komuniti
• Latihan Kemahiran di GIATMARA
• Banyak tempat2 yang anda boleh sambung belajar, anda cuma pilih sahaja di mana tempat yang anda ingin belajar dan program pengajian yang anda minat
• Terdapat tempat2 latihan yang diberi elaun setiap semester seperti Kolej Komuniti
• Syarat-syarat kelayakan pun tidaklah sesulit seperti syarat memasuki IPTA / IPTS
• Dengan sijil ini, anda berpotensi melangkah ke peringkat diploma atau anda layak bekerja dalam industri
• Pelajar kemahiran ini sangat diperlukan dan dicari oleh industri2 semasa
• Menurut kajian, peratusan graduan teknikal dan kemahiran lebih tinggi mendapat pekerjaan dan sangat diperlukan pada zaman sekarang
• Untuk bakal graduan, jangan takut untuk memilih kursus yang berkaitan dengan kemahiran. Semuanya bergantung atas usaha anda sama ada cepat atau lambat
Semoga anda dapat memilih dan membuat keputusan dengan bijak demi masa depan anda. Rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah. Yang penting teruskan usaha dan jangan sesekali berputus asa.
Kalau anda tanya pengalaman saya sendiri. Selepas habis SPM saya mendapat tawaran menyambung diploma di UNISZA. Setelah berfikir dan menilai beberapa perkara, saya membuat keputuan untuk menolak tawaran tersebut dan terus mendaftar diri untuk masuk form 6 ambil STAM. Nak tahu sebab apa saya tolak tawaran untuk sambung diploma dan masuk form 6??? Nanti saya akan cerita di entry saya yang seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan