Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah peperiksaan yang bakal menentukan ke mana hala tuju kita pada masa akan datang. Peperiksaan SPM memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Dengan keputusan SPM kita akan gunakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT), untuk mendapatkan biasiswa dan pekerjaan.
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peperiksaan SPM sepatutnya dilaksanakan pada Oktober ini, namun pandemic Covid-19 yang melanda negara sekarang ini menyebabkan peperiksaan SPM ditunda ke suku pertama tahun 2021.
Dengan penundaan tarikh peperiksaan ini, ia memberi lebih banyak masa kepada pelajar untuk melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal. Penundaan masa peperiksaan ini bukan bermakna pelajar boleh bersenang-lenang main game, menonton drama Korea, main tik tok, melepak dan sebagainya. Sepatutnya ia digunakan untuk mengulang kaji pelajaran supaya cemerlang dalam peperiksaan SPM demi kepentingan masa hadapan masing-masing.
Bagi saya Self-learning sangat penting. Jangan bergantung 100% belajar dalam kelas sahaja. Jangan mengharapkan bantuan dari orang lain. Kita perlu ambil inisiatif untuk belajar sendiri, membuat sendiri persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Apa tips yang saya lakukan untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM?. Jom cekidot.
7 TIPS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM
1. Rangka Jadual Belajar Anda
• Rancang jadual belajar anda dengan betul, terpulang waktu bila yang anda selesa untuk ulang kaji pelajaran.
• Jadual belajar sudah ada, tapi tak pernah ikut pun, tak guna jugak dik. Disiplinkan diri untuk ikut jadual yang anda telah buat.
• Pastikan Setiap hari pukul 8.00 - 10.30 malam adalah masa untuk study. No more TV, game dan handphone. Silent handphone ataupun turn off dan letak jauh2.
• Pastikan setiap hari anda study subjek yang berlainan. Contoh: hari isnin subjek Sejarah, selasa subjek Sains. Begitulah seterusnya. Elakkan study subjek yang sama setiap hari, sebab nanti anda akan boring dan hilang semangat nak study.
• Ataupun boleh selang-selikan dengan menjawab saolan2 SPM yang lepas.
• Cuti Sabtu & Ahad, pukul 8.00 pagi start belajar, buat latih tubi dan ulang kaji sebanyak mungkin pelajaran. Jangan lupa untuk study subjek2 form 4. Pukul 11.00 stop belajar dan boleh la nak makan minum, tengok TV, ataupun tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor. Lepas zohor sambung balik sampai Asar.
2. Buat Nota Ringkas
• Untuk elakkan boring semasa belajar, anda boleh pelbagaikan cara belajar. Kalau dah bosan baca buku, anda boleh buat nota ringkas.
• Ataupun bila anda telah faham satu2 topik, cuba tutup buku, kemudian tulis semula apa yang anda faham dalam bentuk nota.
• Dengan adanya nota ringkas ini sama ada lukisan, peta minda atau catatan berwarna ia akan membantu memperkukuhkan lagi daya ingatan terhadap apa yang anda belajar. Ataupun bila2 nanti kalau anda lupa apa yang anda belajar, ataupun tengah bosan tak tahu nak buat apa, boleh la baca balik nota yang anda buat.
Contoh nota yang anda boleh buat
3 Beli Buku Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM dan Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM
• Pastikan koleksi kertas peperiksaan tersebut adalah 5 tahun ke belakang. Contoh sekarang ini tahun 2020, korang perlu beli koleksi soalan2 peperiksaan sebenar SPM tahun 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019. ini kerana, tak mustahil soalan-soalan yang keluar pada tahun2 tersebut akan keluar lagi pada tahun ini.
• Beli buku rujukan dan pilih buku rujukan yang mengandungi analisis soalan2 SPM. Maksudnya buku tersebut diorang dah analyze tajuk atau topik yang sering ditanya dalam peperiksaan SPM mengikut tahun. Dari situ anda dah boleh tahu bab ataupun topik mana yang perlu fokus dan wajib bagi tumpuan dan topik tersebut pasti akan ditanya lagi dalam peperiksaan SPM sama ada kertas 1 atau kertas 2.
Contoh analisis kertas soalan SPM
4. Buat Sebanyak Mungkin Latih Tubi dan Ulang Kaji Soalan SPM
• Banyakkan ulang kaji dan latih tubi dari soalan2 sebenar SPM.
• Jangan lupa untuk mengulang kaji soalan sebenar SPM 5 tahun ke belakang dan pastikan korang jawab kesemua solan dari semua kertas2 tersebut.
• Dengan membuat banyak latihan, ianya akan melatih anda untuk menjawab peperiksaan sebenar SPM nanti.
5. Semak Jawapan yang dibuat dengan Skema Jawapan
• Jangan buat banyak2 tapi tak semak jawapan.
• Semak setiap jawapan yang anda tulis dengan skema jawapan yang disediakan.
• Dari situ anda boleh belajar melalui kesilapan yang dibuat dan cuba untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
6. Jangan Ponteng Sekolah dan Kelas Tambahan
• Jangan sesekali ponteng sekolah tanpa sebab
• Sentiasa fokus di dalam kelas, jangan tidur ataupun bersembang ketika kelas sedang berlangsung.
• Jika sekolah anda menyediakan kelas tambahan, jangan poteng!
• Inilah masa yang sesuai untuk bertanyakan topik-topik yang anda kurang faham atau nak ulang kaji semula subjek-subjek form 4.
7. Jangan Tinggal Solat dan Al-Quran
• Jangan sekali-kali tinggal solat fardhu 5 waktu. Kerana ia adalah kewajiban kita sebagai hamba Allah.
• Bacalah al-Quran setiap kali selesai solat fardhu walaupun hanya sehelai muka surat.
• Setiap kali selesai solat maghrib, bacalah surah Yasin, mohon kepada Allah supaya diberkati dan diredhai dalam menuntut ilmu, diterangkan hati, dilancarkan lisan, diberikan ingatan yang kuat dan diberi keputusan cemerlang dalam SPM.
• Perbanyakkan doa, kerana Allah berfirman dalam al-Quran: “Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan untuk kalian” (al-Ghafir: 60).
• Ingatlah setiap tangan yang menadah ke langit, tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong.
Saya harap tips-tips yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapatlah membantu calon-calon SPM. Ingatlah, usaha tangga kejayaan dan kejayaan adalah milik mereka yang berusaha. Allah akan berikan kejayaan kepada hambanya berdasarkan sebesar mana usaha hambanya. Besar usaha kita, maka besarlah kejayaan kita. Sedikit usaha kita maka sedikitlah kejayaan kita. Siapa yang berusaha dia akan berjaya dan siapa yang malas dia akan gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan