Isnin, 6 Julai 2020

Kenapa Saya Pilih STAM? Bukan Diploma?

Ok, sambungan dari entry saya sebelum ini Halatuju Pendidikan Selepas SPM, kenapa saya pilih STAM? kenapa bukan diploma?. Tujuan saya tulis entry ini hanya untuk berkongsi pengalaman saya sahaja. 

Saya datang dari sekolah pondok. Boleh katakan saya ni budak pondok la. Di mana sekolah tersebut tidak mempunyai peperiksaan besar seperti PT3, SPM, atau STAM dan menyebabkan sukar untuk saya melanjutkan pelajaran di dalam negara. Seperti yang semua sedia maklum, antara syarat kemasukan di institusi pengajian tinggi sama ada IPTA / IPTS salah satunya ialah mempunyai sijil SPM. Bukan setakat nak sambung belajar, nak mohon pekerjaan pun memerlukan sijil SPM. Betapa petingnya sijil SPM di negara kita ini. 

Oleh sebab itu, semasa umur saya 19 tahun saya memutuskan untuk masuk ke SABK dan mengambil peperiksaan SPM. Dipendekkan cerita, Selepas tamat SPM, saya mendapat tawaran menyambung diploma di UNISZA Terengganu. Setelah berfikir dan menilai beberapa perkara, saya membuat keputuan untuk menolak tawaran tersebut dan terus mendaftar diri untuk masuk form 6 ambil STAM. Kenapa saya memutuskan untuk ambil STAM?.

Semasa saya ambil SPM umur saya dah 19 tahun. Saya dapat tawaran sambung diploma umur saya 20 tahun, jika saya sambung diploma yang akan mengambil masa selama 3 tahun, umur saya 22-23 tahun baru saya boleh sambung ijazah. Tetapi, jika saya ambil STAM yang hanya belajar lebih kurang dalam 10 bulan sahaja, kemudian umur 21 tahun saya dah boleh sambung ijazah, dan keputusan mengambil STAM juga merupakan jalan pintas untuk saya sambung ijazah.

Antara sebab yang lain, kalau korang yang ada basic agama atau korang ni sama seperti saya dari sekolah pondok atau tahfiz lebih baik korang ambil STAM. Sangatlah rugi kalau korang yang ada basic agama ni tak ambil STAM. Sebab apa? kebanyakan subjek dan topik2 dalam STAM korang dah pernah belajar semasa di sekolah lama korang. STAM ini boleh ibaratkan korang refresh kembali apa yang korang pernah belajar sebelum ini. Saya yakin korang yang dari sekolah pondok atau tahfiz, korang dah biasa hafal al-Quran, hadis dan subjek2 yang lain-lain. Untuk STAM ini yang kebanyakannya memang perlu banyak menghafal amat mudah bagi korang untuk score.

Al-Quran (hafazan) contohnya, budak2 tahfiz atau pondok ini merupakan makanan korang. Mudah bagi korang untuk score Mumtaz. Sama juga dengan subjek2 yang lain, seperti tajwid, sama sahaja seperti yang kita belajar di sekolah rendah hingga menengah cumanya STAM dalam bahasa arab dan korang tinggal hafal sahaja dalam bahasa arab. Ulum al-Quran korang akan belajar ilmu-ilmu berkaitan al-Quran seperti takrif al-Quran, nama2 al-Quran, tujuan al-Quran diturunkan secara berperingkat, ayat awal dan terakhir yang turun, ciri-ciri ayat makiyyah dan madaniyyah. Semua ini korang pernah belajar sebelum ini, tapi mungkin di sekolah lama, korang guna kitab lain, STAM pula guna kitab lain. Tapi isi di dalam kitab2 tersebut lebih kurang sama sahaja, tak banyak beza sangat. 

Jom saya terangkan sedikit berkenaan STAM. 

Apa maksud STAM?. STAM ialah singkatan dari “Sijil Tinggi Agama Malaysia”, merangkumi 10 mata pelajaran dalam tiga bidang iaitu Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Arab sama ada semasa PdP dan peperiksaan. Sijil STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan juga setaraf diploma serta layak memohon untuk ke IPTA / IPTS. Bagi sesiapa yang tak nak sambung ijazah dalam negara, korang juga boleh sambung ijazah di luar negara guna sijil STAM, contohnya di Mesir, Madinah atau Yaman. Pemegang STAM juga layak memohon sebagai penjawat awam dengan gred 29 iaitu setaraf dengan pemegang diploma. 

STAM mempunyai 5 pangkat:

1) Mumtaz (cemerlang)
2) Jayyid Jiddan (sangat baik)
3) Jayyid (baik)
4) Maqbul (lulus)
5) Rasib (gagal)

Detail penuh berkenaan STAM boleh lihat pada image yang saya sertakan di bawah ini.


Syarat mendapatkan sijil STAM mestilah sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (lulus) dalam kesemua 10 mata pelajaran. Gagal 1 mata pelajaran anda tidak akan mendapat sijil dan perlu repeat balik paper yang anda gagal itu pada tahun seterusnya. Jika anda ingin masuk ke universiti awam (IPTA) melalui STAM maka anda perlu berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid. 

Berdasarkan pengalaman saya, Alhamdulillah keputusan STAM saya Mumtaz dan saya dapat sambung belajar di UKM. Kawan2 saya yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan mereka dapat sambung belajar di UNISZA manakala yang mendapat pangkat Jayyid dapat sambung di USIM. Anda juga boleh serch syarat kemasukan ke program ijazah pertama ke universiti yang terkini. 

Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi manfaat dan semangat kepada pembaca terutamanya yang teringin ambil STAM atau yang sama pengalaman macam saya. Jangan sekali-kali mengeluh kata susah. STAM sama sahaja seperti peperiksaan yang lain seperti PT3 atau SPM, masing2 ada cabaran-cabaran yang tersendiri. Setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kesenangan. Kalau kau berusaha bersungguh2 pasti akan berjaya. 


Kenapa Saya Pilih STAM? Bukan Diploma?

Ok, sambungan dari entry saya sebelum ini Halatuju Pendidikan Selepas SPM , kenapa saya pilih STAM? kenapa bukan diploma?. Tujuan saya tulis...